Wednesday 16 March 2016

SADE 1013 - Francais Part VIII (Final) - Cabaran/Halangan & Masa Hadapan Industri Francais


CABARAN / HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Menurut kepada laporan yang dikemukakan oleh Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, antara isu-isu semasa dalam industri francais adalah seperti berikut :

a)    Francaisi atau francaisor menjalankan perniagaan francais tetapi tidak berdaftar dengan KDPNKK.

b)    Francaisi atau francaisor menggunakan istilah perniagaan tanpa kebenaran

c)    Perletakan yuran francais dan yuran-yuran lain yang terlampau tinggi yang akan membebankan bakal francaisi

d)    Francaisor mencadangkan lokasi yang tidak strategik seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian francais

e)    Francaisor dan francaisi membuka outlet di dalam wilayah yang sama

f)     Produk atau perkhidmatan yang dibekalkan tidak seragam antara francaisor dan francaisi dengan alasan outlet francaisor telah lama beroperasi

g)    Francaisor gagal menjaga kebajikan francaisi-francaisi

h)   Francaisor menjanjikan pelbagai kelebihan bagi mempengaruhi francaisi supaya memasuki perjanjian francais

i)     Francaisor gagal mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan Francais seperti yang dikehendaki oleh KPDNKK

Dan sejak kebelakangan ini, Malaysia telah menjadi topik utama bukan kerana ia adalah salah satu pasaran francais Asia Tenggara yang paling pesat berkembang, tetapi malangnya berkenaan dua tragis kemalangan kapal terbang Malaysia Airlines yang berlaku di Ukraine dan semasa perjalanan ke Beijing, China (Nancy Weingartner, 2014). Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia masih berusaha untuk meningkatkan bilangan usahawan dalam industri francais ini.

Menurut William Edwards dari syarikat perundingan Edwards Global Services yang membantu francais Amerika Syarikat mencari rakan kongsi perniagaan baru, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan US$5.7 juta bagi program pembangunan francais di dalam sebahagian Rancangan Malaysia Ke-9 (2005-2010), tetapi ianya terhad kepada Bumiputera dan juga francais produk tempatan. Menurut beliau, "Tidak banyak syarikat Melayu yang layak untuk menjadi pemegang lesen antarabangsa." Kebanyakan syarikat profesional yang sedia ada dimiliki oleh kaum Cina Muslim dan tidak layak untuk apa-apa bantuan kerajaan.

Walaupun negara ini mesra francais, ia agak mencabar bagi francaisor yang ingin memasuki pasaran negara Islam. Menurut Ned Lyerly, presiden antarabangsa untuk CKE, syarikat induk Hardee’s and Carl’s Jr, mendaftar francais di Malaysia boleh membebankan kerana industri francais di Malaysia dikawal oleh Akta Francais 1998 dan francaisor perlu berdaftar dengan Pendaftar Francaisor. Walaupun CKE mempunyai tujuh restoran Carl’s Jr. Di Malaysia, tetapi kemajuan perniagaan agak perlahan daripada yang dirancang kerana mereka tidak mempunyai rakan kongsi tempatan dan masih dalam proses pencarian (Franchise Times, 2014).


MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Pelbagai program transformasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di Malaysia. Antara program yang telah dijalankan adalah seperti perancangan jenama produk tempatan sebagai francais, bengkel latihan serta ekspo luaran dan dalaman negara.

Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KPDNKK adalah Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada tahun 2012. Pelan ini merupakan strategi bertujuan untuk menggiatkan lagi usaha kerajaan dalam memperkuatkan lagi industri francais dalam negara.

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional mempunyai tiga fasa. Fasa pertama telah dilaksanakan pada tahun 2012 hingga tahun 2014 (tahun 2013 menunjukkan peningkatan 2.7 peratus, peningkatan 2.2 peratus dari tahun 2010) iaitu mengukuhkan industri francais. Pada fasa kedua pula, pelan tersebut diadakan untuk mewujudkan francais domestik yang cergas dan utuh pad tahun 2015 hingga tahun 2016 (peningkatan 4.3 peratus dalam KDNK). Sasaran kerajaan agar industri francais di Malaysia akan lebih berdikari dan kukuh akan bermula pada tahun 2017 hingga tahun 2020 (peningkatan 9.4 peratus dalam KDNK), dengan harapan Malaysia akan menjadi pusat industri francais bagi kawasan Asia Tenggara.

Untuk Malaysia berjaya sebagai pusat industri francais atau hab francais di rantau Asia Tenggara, sektor swasta terutamanya persatuan francais, perlu meningkatkan mutu rangka kerja pasaran dan juga mengadakan dialog bersama pihak kerajaan. Dengan inilah dapat wujudlah satu ekosistem yang lebih kukuh (Business Circle, 2013).

Menurut Butt Wai Choon dalam Business Circle, 2013, hab francais ini perlu dibuka kepada semua francais, semua kumpulan dan semua jenis perniagaan. Masyarakat Malaysia perlu belajar dari semua jenama francais yang ada dalam pasaran global sebelum boleh berjaya. “Pasaran Filipina merupakan pasaran yang pasaran menarik untuk belajar. Ia mempunyai industri francais yang bertenaga dan tahap ekosistem francais yang tinggi – tidak matang dalam setiap caranya, tetapi akses ke dalam pasaran adalah amat mudah,” kata beliau.

Sehingga kini, 47 syarikat francais tempatan telah berjaya untuk memperluaskan perniagaan masing-masing ke pasaran antarabangsar, dengan 1,424 cawangan di 50 buah negara termasuk Indonesia, China, Arab Saudi, Turki dan United Arab Emirates. Kebanyakan francais tempatan ini adalah daripada sektor makanan dan minuman. Francais tempatan yang terkenal di luar negara adalah termasuk Nelson’s dengan 675 cawangan, DailyFresh (481), Secret Recipe (25), England Optical (21) dan MarryBrown (21) (Business Circle, 2013).


 

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ekonomi Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang baik sejak tahun 2012 dan dijangka akan berterusan sehingga tahun 2020. Permintaann yang tinggi di Malaysia akan meningkat dengan lebih 60 peratus daripada KDNK disumbangkan oleh penggunaan dalaman negara.

480 francais baru telah memasuki pasaran pada tahun 2013 dan sehingga bulan Ogos 2014, terdapat lebih 700 francais berdaftar dengan lebih 6,000 cawangan. Industri francais ini mempunyai kapasiti untuk berkembang pesat kerana ia kini menyumbang hanya 5 peratus daripada jumlah jualan runcit. Sekitar 25 peratus francais sedia ada adalah dalam kawalan luar negara dan francais tempatan sedang berkembang ke pasaran global, kini berada di 51 buah negara dengan 1,494 cawangan  (Franchise Meets Report, 2015).
 
Malaysia adalah serupa dengan negara Indonesia. Terdapat pertumbuhan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka akan berterusan. Hasil daripada pembangunan ekonomi yang baik, pengguna produk atau perkhidmatan francais akan lebih beroptimistik dan akan ada keyakinan baru di kalangan pengguna di pasaran. Permintaan pengguna pula akan makin meningkat dan peningkatan kelas pertengahan dalam masyarakat Malaysia akan membawa kepada peningkatan perbelanjaan yang lebih besar. Walaupun Malaysia masih beberapa langkah di belakang berbanding negara-negara maju di Asia, tetapi dengan asas-asas yang baik serta sokongan kuat daripada pihak kerajaan, industri francais di Malaysia kelihatan sihat dan akan bertambah lebih maju di masa hadapan.
 
 
RUJUKAN
 
Maitland, I. (2007). Franchising: A Practical for Franchisors And Franchisees. United Kingdom: Jaico Publishing House.
Ridz Muhammad, Helita Ong. (2006). Samples of Franchise Agreements And Contracts.
Kuala Lumpur: Sprint Career Academy.
Francais terbukti sebagai strategi kembangkan perniagaan (2014). Utusan Online, 3 Februari: 5.
 
 ********
Most articles can be found online. Just got to know what you really want.
 

 

No comments:

Post a Comment