TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Industri francais di Malaysia telah berkembang
sejak awal tahun 1990-an dan sejajar dengan perkembangan, satu unit khas di
bawah Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu diterajui oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah diwujudkan pada tahun 1992
untuk mengawal selia industri francais. Unit ini telah dipindahkan ke
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan diperbesarkan menjadia
sebuah bahagian iaitu Bahagian Francais dan Vendor untuk mempercepatkan
pertumbuhan Masyarakat Perniagaan dan Perdagangan Bumiputera (MPPB).
Susulan kepada pembubaran MECD pada April 2009,
fungsi pembangunan industri francais telah dipindahkan ke Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya
dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) (Laporan
Tahunan KPDNKK, 2014).
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais
Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh, sebanyak 1,992 rangkaian outlet
perniagaan francais tempatan telah menembusi pasaran antarabangsar termasuk
Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe (Noorashikin Roslan,
2014). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkembangan yang amat positif apabila
59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara seluruh
dunia (Franchise News, 2014).
Industri francais ini mempunyai potensi yang besar untuk lebih maju ke
hadapan, cuma kurang pendedahan dan pemahaman terhadap konsep perniagaan
francais ketika itu. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan
pelbagai inisiatif bagi menubuhkan infra sokongan untuk
merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta
memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Secara tidak langsung, industri francais telah menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 billion dan dijangka terus
meningkat dengan kerjasama daripada KPDNKK, PNS dan MFA (Kosmo, 2015).
SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) memainkan
peranan utama dalam menyokong dalam pembangunan industri francais di Malaysia.
Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dalam
industri francais adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNS). PNS dipertanggungjawabkan
untuk menerajui
perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan
francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk
yang berkualiti. PNS juga berperanan di dalam merealisasikan matlamat untuk
melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri francais. Salah satu objektif
utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke
luar negara. PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas seperti Skim
Pembiayaan Francaisor dan Skim Pra-Francais kepada francaisor; Skim Francais
Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) -
sebagai agen pelaksana kepada francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.
Program
Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)
Program ini membantu usahawan menukar perniagaan
komersil kepada sistem francais. Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM 120,000
per syarikat. Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat melalui
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) atau terus kepada KPDNKK atau PNS.
Kelayakan untuk menyertai program ini terbuka kepada syarikat Bumiputera dengan
produk berpotensi dan mempunyai unique
selling proposition atau business
model.
Dana Bantuan
Pembangunan Francais (DBPF)
Tujuan dana ini adalah untuk membiayai pembangunan
sistem francais secara matching grant.
Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi syarikat milik penuh Bumiputera, sehingga
RM65,000 bagi syarikat majoriti Bumiputera dan sehingga RM50,000 untuk syarikat
bukan Bumiputera dan majoriti bukan Bumiputera. Hanya syarikat yang telah
berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998 dan berdaftar di bawah Program
Pembangunan Francais di bawah KPDNKK yang layak mendapatkan dana ini.
Program
Promosi Tempatan
Misi Luar
Negara
Persatuan Francais Malaysia (MFA) pula merupakan
satu badan bukan kerajaan yang sering bekerjasama dengan kerajaan Malaysia di
dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan. MFA juga membantu
dalam perlaksanaan program-program pembangunan francais termasuk Jaringan
Antarabangsa, Franchise International
Malaysia (FIM), Kursus Kesedaran dan
Latihan Francais. MFA merupakan persatuan dan pusat rujukan kepada
francaisor dan francaisi, institusi sokongan, media massa serta masyarakat
umum.
No comments:
Post a Comment