KEBAIKAN SISTEM FRANCAIS
Secara keseluruhannya, sistem francais ini dapat
menjalinkan satu hubungan serta jaringan francaisor-francaisi yang kukuh dan
sukar digugat oleh pesaing lain sekiranya francaisor dan francaisi memahami
peranan masing-masing dalam perniagaan ini.
Risiko perniagaan dapat dikurangkan dan diuruskan
dengan lebih efisien terutama bagi francaisi yang baru menceburi dunia
perniagaan. Pengurusan risiko ini meliputi perkara-perkara yang terdedah kepada
risiko seperti longgokkan produk, bekalan stok lapuk, pusingan pekerja,
kecairan wang tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor,
bekalan stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih berkesan serta
dioptimakan. Francaisor juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk
memperluaskan rangkaian di merata lokasi berbandingkan membuka rangkaian
sendiri.
Sistem francais memberi kelebihan kepada
francaisi yang baru mengenali dunia perniagaan kerana pemilik lot kedai atau
pengurusan bangunan lebih berminat serta yakin untuk menyewa lokasi tempat
perniagaan kepada perniagaan jenis rangkaian (chain business). Sistem francais memberi peluang kepada francaisor
memperluaskan pasaran ke lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat
dimasuki dalam keadaan-keadaan tertentu. Francaisi kebarangkalian mempunyai
hubungan yang lebih baik dengan pemilik atau pengurusan lokasi strategik.
Francaisi akan mendapat panduan dan khidmat
nasihat operasi dari francaisor secara berterusan. Perkara ini tidak mungkin
berlaku sekiranya francaisi menjalankan perniagaan sendiri dan tidak mempunyai
keupayaan untuk mengupah kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan dalam
membantu operasi harian perniagaan. Pada masa yang sama juga, francaisor dapat memberi
sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan kewangan) secara berjadual kepada
francaisi pada kadar yang sangat minima.
Melalui sistem francais, kecekapan perniagaan
dapat dipertingkatkan dan kos operasi perniagaan dapat diurus dan seterusnya
diminimakan. Dengan adanya sistem francais yang aktif, francaisor dapat
merancang pembelian bahan mentah secara pukal, berkongsi kos untuk
aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang sumber manusia mengikut keperluan,
memperluaskan pasaran untuk menarik perhatian lebih pelanggan dan seterusnya
memindahkan semua penjimatan kos ini kepada perniagaan francaisi.
********
Don't ask me where I got all these info.... Here a bit, there a bit.... Mix!
Translate all English news and reports that I can get hold of.... Mix with the local Malay news....
Viola!
Not expecting higher marks or what.... but there is nothing with hoping and wishing, right?
No comments:
Post a Comment