CIRI-CIRI PERNIAGAAN FRANCAIS
Menurut Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini
dikenali sebagai Akta Fancais 1998), ciri-ciri perniagaan francais adalah
seperti berikut:
a)
Sistem industri francais merupakan satu sistem
pengendalian perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan
b)
Sistem industri francais dikendalikan dalam
sesuatu tempoh masa yang ditetapkan
c)
Francaisi diberi hak untuk menggunakan cap atau
rahsia dagangan oleh francaisor
d)
Francaisor akan mengenakan kawalan secara
berterusan
e)
Francaisor dipertanggungjawabkan untuk memberi
bantuan kepada francaisi
f)
Francaisi akan membuat bayaran atau apa-apa
bentuk balasan kepada francaisor sekiranya perniagaannya berjaya
g)
Sistem industri francais akan dijalankan secara
berasingan dari syarikat induk
CIRI-CIRI FRANCAISOR
a)
Francaisor atau pemberi hak mempunyai produk atau
perkhidmatan yang unik
b)
Beliau mempunyai satu jenama yang bereputasi dan
terkenal yang hak miliknya terpelihara
c) Francaisor atau pemberi hak mempunyai sebuah
perniagaan yang kukuh kewangannya
d)
Beliau berupaya mewujudkan identiti dan arah
tujuan jenama francaisnya agar tidak mengelirukan francaisi dan pelanggan
e)
Francaisor atau pemberi hak mempunyai sistem
latihan dan manual operasi yang lengkap, seragam dan menyeluruh
f) Beliau mempunyai sistem sokongan perniagaan yang komprehensif yang
menyokong setiap langkah perniagaan francaisi
CIRI-CIRI FRANCAISI
a)
Francaisi atau penerima hak boleh mengikuti sistem
industri francais secara menyeluruh dengan tepat sepanjang masa
b)
Beliau mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti
rajin, cekal, berdaya saing, berdaya maju, cekal, berkomited, beryakin diri dan
sebagainya.
c)
Francaisi atau penerima hak mengetahui hak
francaisi seperti termaktub di dalam Akta Francais (Pindaan) 2012
d)
Francaisi diajar selok-belok sistem operasi dan
kawalan perniagaan yang seragam
No comments:
Post a Comment