CABARAN / HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Menurut kepada laporan yang dikemukakan oleh
Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan, antara isu-isu semasa dalam industri francais adalah seperti
berikut :
a) Francaisi atau
francaisor menjalankan perniagaan francais tetapi tidak berdaftar dengan KDPNKK.
b) Francaisi atau
francaisor menggunakan istilah perniagaan tanpa kebenaran
c) Perletakan
yuran francais dan yuran-yuran lain yang terlampau tinggi yang akan membebankan
bakal francaisi
d) Francaisor
mencadangkan lokasi yang tidak strategik seperti yang telah dijanjikan dalam
perjanjian francais
e) Francaisor dan
francaisi membuka outlet di dalam wilayah yang sama
f) Produk atau
perkhidmatan yang dibekalkan tidak seragam antara francaisor dan francaisi
dengan alasan outlet francaisor telah lama beroperasi
g) Francaisor
gagal menjaga kebajikan francaisi-francaisi
h) Francaisor
menjanjikan pelbagai kelebihan bagi mempengaruhi francaisi supaya memasuki
perjanjian francais
i) Francaisor
gagal mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan Francais seperti yang dikehendaki
oleh KPDNKK
Dan sejak kebelakangan ini, Malaysia telah menjadi
topik utama bukan kerana ia adalah salah satu pasaran francais Asia Tenggara
yang paling pesat berkembang, tetapi malangnya berkenaan dua tragis kemalangan
kapal terbang Malaysia Airlines yang berlaku di Ukraine dan semasa perjalanan
ke Beijing, China (Nancy Weingartner, 2014). Walau bagaimanapun, kerajaan
Malaysia masih berusaha untuk meningkatkan bilangan usahawan dalam industri
francais ini.
Menurut William Edwards dari syarikat perundingan
Edwards Global Services yang membantu francais Amerika Syarikat mencari rakan
kongsi perniagaan baru, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan US$5.7 juta bagi
program pembangunan francais di dalam sebahagian Rancangan Malaysia Ke-9
(2005-2010), tetapi ianya terhad kepada Bumiputera dan juga francais produk
tempatan. Menurut beliau, "Tidak banyak syarikat Melayu yang layak untuk
menjadi pemegang lesen antarabangsa." Kebanyakan syarikat profesional yang
sedia ada dimiliki oleh kaum Cina Muslim dan tidak layak untuk apa-apa bantuan
kerajaan.
Walaupun negara ini mesra francais, ia agak
mencabar bagi francaisor yang ingin memasuki pasaran negara Islam. Menurut Ned
Lyerly, presiden antarabangsa untuk CKE, syarikat induk Hardee’s and Carl’s Jr,
mendaftar francais di Malaysia boleh membebankan kerana industri francais di
Malaysia dikawal oleh Akta Francais 1998 dan francaisor perlu berdaftar dengan
Pendaftar Francaisor. Walaupun CKE mempunyai tujuh restoran Carl’s Jr. Di
Malaysia, tetapi kemajuan perniagaan agak perlahan daripada yang dirancang
kerana mereka tidak mempunyai rakan kongsi tempatan dan masih dalam proses
pencarian (Franchise Times, 2014).
MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Pelbagai program transformasi yang dijalankan oleh
pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan sedikit sebanyak telah
mempertingkatkan daya saing industri francais di Malaysia. Antara program yang
telah dijalankan adalah seperti perancangan jenama produk tempatan sebagai
francais, bengkel latihan serta ekspo luaran dan dalaman negara.
Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh
KPDNKK adalah Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada tahun 2012. Pelan
ini merupakan strategi bertujuan untuk menggiatkan lagi usaha kerajaan dalam
memperkuatkan lagi industri francais dalam negara.
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional mempunyai
tiga fasa. Fasa pertama telah dilaksanakan pada tahun 2012 hingga tahun 2014
(tahun 2013 menunjukkan peningkatan 2.7 peratus, peningkatan 2.2 peratus dari
tahun 2010) iaitu mengukuhkan industri francais. Pada fasa kedua pula, pelan
tersebut diadakan untuk mewujudkan francais domestik yang cergas dan utuh pad
tahun 2015 hingga tahun 2016 (peningkatan 4.3 peratus dalam KDNK). Sasaran
kerajaan agar industri francais di Malaysia akan lebih berdikari dan kukuh akan
bermula pada tahun 2017 hingga tahun 2020 (peningkatan 9.4 peratus dalam KDNK),
dengan harapan Malaysia akan menjadi pusat industri francais bagi kawasan Asia
Tenggara.
Untuk Malaysia berjaya sebagai pusat industri
francais atau hab francais di rantau Asia Tenggara, sektor swasta terutamanya
persatuan francais, perlu meningkatkan mutu rangka kerja pasaran dan juga
mengadakan dialog bersama pihak kerajaan. Dengan inilah dapat wujudlah satu
ekosistem yang lebih kukuh (Business Circle, 2013).
Menurut Butt Wai Choon dalam Business Circle, 2013, hab
francais ini perlu dibuka kepada semua francais, semua kumpulan dan semua jenis
perniagaan. Masyarakat Malaysia perlu belajar dari semua jenama francais yang
ada dalam pasaran global sebelum boleh berjaya. “Pasaran Filipina merupakan
pasaran yang pasaran menarik untuk belajar. Ia mempunyai industri francais yang
bertenaga dan tahap ekosistem francais yang tinggi – tidak matang dalam setiap
caranya, tetapi akses ke dalam pasaran adalah amat mudah,” kata beliau.
Sehingga kini, 47 syarikat francais tempatan telah
berjaya untuk memperluaskan perniagaan masing-masing ke pasaran antarabangsar,
dengan 1,424 cawangan di 50 buah negara termasuk Indonesia, China, Arab Saudi,
Turki dan United Arab Emirates. Kebanyakan francais tempatan ini adalah
daripada sektor makanan dan minuman. Francais tempatan yang terkenal di luar
negara adalah termasuk Nelson’s dengan 675 cawangan, DailyFresh (481), Secret
Recipe (25), England Optical (21) dan MarryBrown (21) (Business Circle, 2013).
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, ekonomi Malaysia telah
menunjukkan pertumbuhan yang baik sejak tahun 2012 dan dijangka akan berterusan
sehingga tahun 2020. Permintaann yang tinggi di Malaysia akan meningkat dengan
lebih 60 peratus daripada KDNK disumbangkan oleh penggunaan dalaman negara.
480 francais baru telah memasuki pasaran pada tahun
2013 dan sehingga bulan Ogos 2014, terdapat lebih 700 francais berdaftar dengan
lebih 6,000 cawangan. Industri francais ini mempunyai kapasiti untuk berkembang
pesat kerana ia kini menyumbang hanya 5 peratus daripada jumlah jualan runcit.
Sekitar 25 peratus francais sedia ada adalah dalam kawalan luar negara dan
francais tempatan sedang berkembang ke pasaran global, kini berada di 51 buah
negara dengan 1,494 cawangan (Franchise
Meets Report, 2015).
Malaysia adalah serupa dengan negara Indonesia. Terdapat pertumbuhan yang
baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka akan berterusan. Hasil
daripada pembangunan ekonomi yang baik, pengguna produk atau perkhidmatan
francais akan lebih beroptimistik dan akan ada keyakinan baru di kalangan
pengguna di pasaran. Permintaan pengguna pula akan makin meningkat dan
peningkatan kelas pertengahan dalam masyarakat Malaysia akan membawa kepada
peningkatan perbelanjaan yang lebih besar. Walaupun Malaysia masih beberapa
langkah di belakang berbanding negara-negara maju di Asia, tetapi dengan
asas-asas yang baik serta sokongan kuat daripada pihak kerajaan, industri
francais di Malaysia kelihatan sihat dan akan bertambah lebih maju di masa
hadapan.
RUJUKAN
Maitland, I. (2007). Franchising: A Practical for Franchisors And
Franchisees. United Kingdom: Jaico Publishing House.
Ridz Muhammad, Helita Ong.
(2006). Samples of Franchise Agreements
And Contracts.
Kuala Lumpur: Sprint Career Academy.
Francais terbukti sebagai
strategi kembangkan perniagaan (2014). Utusan
Online, 3 Februari: 5.
********
Most articles can be found online. Just got to know what you really want.