Made a simple dessert for iftar today.. Cocoa jelly!
A
20g agar-agar strips
1500ml water
(to measure the amount of water needed - 1 part agar-agar, 2 parts of water required)
B
110g sugar (reduce if you don't like it sweet)
1/2 tin sweet condensed milk
2 tbsp. cocoa
1 egg
Cook A first in a pot until the agar-agar fully dissolve. Once dissolved, add in the sugar. Stir well till the sugar melts. Then, add in the condensed milk. I reduced both the milk as I don't like it to be too sweet. Next, I sieved in the cocoa. Mix well. Lastly, add in a beaten egg for some marble effect. Sieve into any shaped moulds. Let it cool before putting in the fridge.
#recipecourtesyofResepiSedap
Simple dessert to cool down after a day of fasting. Next to try something else... #wondering
Thursday 9 June 2016
Monday 6 June 2016
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Wishing all Muslims around the world a blessed & enlightened Ramadan Al-Mubarak |
Wednesday 16 March 2016
SADE 1013 - Francais Part VIII (Final) - Cabaran/Halangan & Masa Hadapan Industri Francais
CABARAN / HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Menurut kepada laporan yang dikemukakan oleh
Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan, antara isu-isu semasa dalam industri francais adalah seperti
berikut :
a) Francaisi atau
francaisor menjalankan perniagaan francais tetapi tidak berdaftar dengan KDPNKK.
b) Francaisi atau
francaisor menggunakan istilah perniagaan tanpa kebenaran
c) Perletakan
yuran francais dan yuran-yuran lain yang terlampau tinggi yang akan membebankan
bakal francaisi
d) Francaisor
mencadangkan lokasi yang tidak strategik seperti yang telah dijanjikan dalam
perjanjian francais
e) Francaisor dan
francaisi membuka outlet di dalam wilayah yang sama
f) Produk atau
perkhidmatan yang dibekalkan tidak seragam antara francaisor dan francaisi
dengan alasan outlet francaisor telah lama beroperasi
g) Francaisor
gagal menjaga kebajikan francaisi-francaisi
h) Francaisor
menjanjikan pelbagai kelebihan bagi mempengaruhi francaisi supaya memasuki
perjanjian francais
i) Francaisor
gagal mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan Francais seperti yang dikehendaki
oleh KPDNKK
Dan sejak kebelakangan ini, Malaysia telah menjadi
topik utama bukan kerana ia adalah salah satu pasaran francais Asia Tenggara
yang paling pesat berkembang, tetapi malangnya berkenaan dua tragis kemalangan
kapal terbang Malaysia Airlines yang berlaku di Ukraine dan semasa perjalanan
ke Beijing, China (Nancy Weingartner, 2014). Walau bagaimanapun, kerajaan
Malaysia masih berusaha untuk meningkatkan bilangan usahawan dalam industri
francais ini.
Menurut William Edwards dari syarikat perundingan
Edwards Global Services yang membantu francais Amerika Syarikat mencari rakan
kongsi perniagaan baru, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan US$5.7 juta bagi
program pembangunan francais di dalam sebahagian Rancangan Malaysia Ke-9
(2005-2010), tetapi ianya terhad kepada Bumiputera dan juga francais produk
tempatan. Menurut beliau, "Tidak banyak syarikat Melayu yang layak untuk
menjadi pemegang lesen antarabangsa." Kebanyakan syarikat profesional yang
sedia ada dimiliki oleh kaum Cina Muslim dan tidak layak untuk apa-apa bantuan
kerajaan.
Walaupun negara ini mesra francais, ia agak
mencabar bagi francaisor yang ingin memasuki pasaran negara Islam. Menurut Ned
Lyerly, presiden antarabangsa untuk CKE, syarikat induk Hardee’s and Carl’s Jr,
mendaftar francais di Malaysia boleh membebankan kerana industri francais di
Malaysia dikawal oleh Akta Francais 1998 dan francaisor perlu berdaftar dengan
Pendaftar Francaisor. Walaupun CKE mempunyai tujuh restoran Carl’s Jr. Di
Malaysia, tetapi kemajuan perniagaan agak perlahan daripada yang dirancang
kerana mereka tidak mempunyai rakan kongsi tempatan dan masih dalam proses
pencarian (Franchise Times, 2014).
MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Pelbagai program transformasi yang dijalankan oleh
pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan sedikit sebanyak telah
mempertingkatkan daya saing industri francais di Malaysia. Antara program yang
telah dijalankan adalah seperti perancangan jenama produk tempatan sebagai
francais, bengkel latihan serta ekspo luaran dan dalaman negara.
Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh
KPDNKK adalah Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada tahun 2012. Pelan
ini merupakan strategi bertujuan untuk menggiatkan lagi usaha kerajaan dalam
memperkuatkan lagi industri francais dalam negara.
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional mempunyai
tiga fasa. Fasa pertama telah dilaksanakan pada tahun 2012 hingga tahun 2014
(tahun 2013 menunjukkan peningkatan 2.7 peratus, peningkatan 2.2 peratus dari
tahun 2010) iaitu mengukuhkan industri francais. Pada fasa kedua pula, pelan
tersebut diadakan untuk mewujudkan francais domestik yang cergas dan utuh pad
tahun 2015 hingga tahun 2016 (peningkatan 4.3 peratus dalam KDNK). Sasaran
kerajaan agar industri francais di Malaysia akan lebih berdikari dan kukuh akan
bermula pada tahun 2017 hingga tahun 2020 (peningkatan 9.4 peratus dalam KDNK),
dengan harapan Malaysia akan menjadi pusat industri francais bagi kawasan Asia
Tenggara.
Untuk Malaysia berjaya sebagai pusat industri
francais atau hab francais di rantau Asia Tenggara, sektor swasta terutamanya
persatuan francais, perlu meningkatkan mutu rangka kerja pasaran dan juga
mengadakan dialog bersama pihak kerajaan. Dengan inilah dapat wujudlah satu
ekosistem yang lebih kukuh (Business Circle, 2013).
Menurut Butt Wai Choon dalam Business Circle, 2013, hab
francais ini perlu dibuka kepada semua francais, semua kumpulan dan semua jenis
perniagaan. Masyarakat Malaysia perlu belajar dari semua jenama francais yang
ada dalam pasaran global sebelum boleh berjaya. “Pasaran Filipina merupakan
pasaran yang pasaran menarik untuk belajar. Ia mempunyai industri francais yang
bertenaga dan tahap ekosistem francais yang tinggi – tidak matang dalam setiap
caranya, tetapi akses ke dalam pasaran adalah amat mudah,” kata beliau.
Sehingga kini, 47 syarikat francais tempatan telah
berjaya untuk memperluaskan perniagaan masing-masing ke pasaran antarabangsar,
dengan 1,424 cawangan di 50 buah negara termasuk Indonesia, China, Arab Saudi,
Turki dan United Arab Emirates. Kebanyakan francais tempatan ini adalah
daripada sektor makanan dan minuman. Francais tempatan yang terkenal di luar
negara adalah termasuk Nelson’s dengan 675 cawangan, DailyFresh (481), Secret
Recipe (25), England Optical (21) dan MarryBrown (21) (Business Circle, 2013).
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, ekonomi Malaysia telah
menunjukkan pertumbuhan yang baik sejak tahun 2012 dan dijangka akan berterusan
sehingga tahun 2020. Permintaann yang tinggi di Malaysia akan meningkat dengan
lebih 60 peratus daripada KDNK disumbangkan oleh penggunaan dalaman negara.
480 francais baru telah memasuki pasaran pada tahun
2013 dan sehingga bulan Ogos 2014, terdapat lebih 700 francais berdaftar dengan
lebih 6,000 cawangan. Industri francais ini mempunyai kapasiti untuk berkembang
pesat kerana ia kini menyumbang hanya 5 peratus daripada jumlah jualan runcit.
Sekitar 25 peratus francais sedia ada adalah dalam kawalan luar negara dan
francais tempatan sedang berkembang ke pasaran global, kini berada di 51 buah
negara dengan 1,494 cawangan (Franchise
Meets Report, 2015).
Malaysia adalah serupa dengan negara Indonesia. Terdapat pertumbuhan yang
baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka akan berterusan. Hasil
daripada pembangunan ekonomi yang baik, pengguna produk atau perkhidmatan
francais akan lebih beroptimistik dan akan ada keyakinan baru di kalangan
pengguna di pasaran. Permintaan pengguna pula akan makin meningkat dan
peningkatan kelas pertengahan dalam masyarakat Malaysia akan membawa kepada
peningkatan perbelanjaan yang lebih besar. Walaupun Malaysia masih beberapa
langkah di belakang berbanding negara-negara maju di Asia, tetapi dengan
asas-asas yang baik serta sokongan kuat daripada pihak kerajaan, industri
francais di Malaysia kelihatan sihat dan akan bertambah lebih maju di masa
hadapan.
RUJUKAN
Maitland, I. (2007). Franchising: A Practical for Franchisors And
Franchisees. United Kingdom: Jaico Publishing House.
Ridz Muhammad, Helita Ong.
(2006). Samples of Franchise Agreements
And Contracts.
Kuala Lumpur: Sprint Career Academy.
Francais terbukti sebagai
strategi kembangkan perniagaan (2014). Utusan
Online, 3 Februari: 5.
********
Most articles can be found online. Just got to know what you really want.
SADE 1013 - Francais Part VII - Tahap Pembangunan Industri Francais & Sistem Sokongan
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Industri francais di Malaysia telah berkembang
sejak awal tahun 1990-an dan sejajar dengan perkembangan, satu unit khas di
bawah Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu diterajui oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah diwujudkan pada tahun 1992
untuk mengawal selia industri francais. Unit ini telah dipindahkan ke
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan diperbesarkan menjadia
sebuah bahagian iaitu Bahagian Francais dan Vendor untuk mempercepatkan
pertumbuhan Masyarakat Perniagaan dan Perdagangan Bumiputera (MPPB).
Susulan kepada pembubaran MECD pada April 2009,
fungsi pembangunan industri francais telah dipindahkan ke Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya
dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) (Laporan
Tahunan KPDNKK, 2014).
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais
Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh, sebanyak 1,992 rangkaian outlet
perniagaan francais tempatan telah menembusi pasaran antarabangsar termasuk
Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe (Noorashikin Roslan,
2014). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkembangan yang amat positif apabila
59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara seluruh
dunia (Franchise News, 2014).
Industri francais ini mempunyai potensi yang besar untuk lebih maju ke
hadapan, cuma kurang pendedahan dan pemahaman terhadap konsep perniagaan
francais ketika itu. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan
pelbagai inisiatif bagi menubuhkan infra sokongan untuk
merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta
memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Secara tidak langsung, industri francais telah menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 billion dan dijangka terus
meningkat dengan kerjasama daripada KPDNKK, PNS dan MFA (Kosmo, 2015).
SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) memainkan
peranan utama dalam menyokong dalam pembangunan industri francais di Malaysia.
Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dalam
industri francais adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNS). PNS dipertanggungjawabkan
untuk menerajui
perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan
francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk
yang berkualiti. PNS juga berperanan di dalam merealisasikan matlamat untuk
melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri francais. Salah satu objektif
utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke
luar negara. PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas seperti Skim
Pembiayaan Francaisor dan Skim Pra-Francais kepada francaisor; Skim Francais
Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) -
sebagai agen pelaksana kepada francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.
Program
Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)
Program ini membantu usahawan menukar perniagaan
komersil kepada sistem francais. Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM 120,000
per syarikat. Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat melalui
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) atau terus kepada KPDNKK atau PNS.
Kelayakan untuk menyertai program ini terbuka kepada syarikat Bumiputera dengan
produk berpotensi dan mempunyai unique
selling proposition atau business
model.
Dana Bantuan
Pembangunan Francais (DBPF)
Tujuan dana ini adalah untuk membiayai pembangunan
sistem francais secara matching grant.
Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi syarikat milik penuh Bumiputera, sehingga
RM65,000 bagi syarikat majoriti Bumiputera dan sehingga RM50,000 untuk syarikat
bukan Bumiputera dan majoriti bukan Bumiputera. Hanya syarikat yang telah
berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998 dan berdaftar di bawah Program
Pembangunan Francais di bawah KPDNKK yang layak mendapatkan dana ini.
Program
Promosi Tempatan
Misi Luar
Negara
Persatuan Francais Malaysia (MFA) pula merupakan
satu badan bukan kerajaan yang sering bekerjasama dengan kerajaan Malaysia di
dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan. MFA juga membantu
dalam perlaksanaan program-program pembangunan francais termasuk Jaringan
Antarabangsa, Franchise International
Malaysia (FIM), Kursus Kesedaran dan
Latihan Francais. MFA merupakan persatuan dan pusat rujukan kepada
francaisor dan francaisi, institusi sokongan, media massa serta masyarakat
umum.
SADE 1013 - Francais Part VI - Kepentingan Industri Francais Terhadap Pembangunan Ekonomi & Sosial
KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Industri francais kini dilihat semakin berkembang
baik dengan peningkatan jumlah usahawan yang menyertai industri ini, bahkan ia
memberi sumbangan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus
meningkatkan ekonomi negara. Ini adalah kerana produk atau perkhidmatan yang
ada dalam industri ini telah lama di pasaran dan dikenali oleh ramai pelanggan
serata dunia. Dengan itu akan muncullah lebih ramai usahawan baru memasuki industri
francais dan akan menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat
tempatan. Secara tidak langsung ini akan mengurangkan masalah pengangguran
dalam negara (Aziela Hanafee, 2013).
Menurut Troy Franklin, Ketua Pegawai Operasi, World Franchise Associates
untuk Asia Tenggara dalam Franchise Times (2014), kemunculan berterusan kelas
pertengahan yang mewah di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN, dan ditambah pula
dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan negara-negara berdekatan ke arah
integrasi ekonomi serantau melalui ASEAN Economic Community (AEC) pada 2015,
telah mewujukan peluang yang lebih besar ke arah pembangunan dan pertumbuhan
industri francais. Bagi sektor pemakanan, salah satu kekuatan industri francais
adalah Malaysia mempunyai asas pengguna yang besar dan muda belia. Pelarasan
rangkaian restoran untuk berkembang pesat agar mereka mematuhi persijilan halal
dan budaya tempatan.
*********
I don't know why.... But I really got stucked at this level..... Seriously blur......
SADE 1013 - Francais Part V - Bentuk-Bentuk Sistem Francais
BENTUK-BENTUK SISTEM FRANCAIS
Local
Authorised Franchise Holder
Bentuk sistem francais ini memberi lesen kepada
francaisi untuk membuat dan memasarkan produk atau perkhidmatan oleh francaisor
termasuk penggunaan format lengkap francaisor yang merangkumi hak penggunaan
intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, kewangan dan latihan.
Francaisor juga boleh melantik ‘Francaisor Induk’ sebagai agen/wakil yang
diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi setelah memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan. Contoh francais: KFC dan McDonald’s.
Product
Manufacturing Licensing
Francaisor akan memberi lesen kepada francaisi
untuk menjual produk atau perkhidmatan mengikut formula, resipi atau ciptaan
rekabentuk yang telah ditetapkan. Francaisi kemudiannya boleh memasarkan produk
atau perkhidmatan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran francaisor.
Contoh pembotolan air Pepsi dan Coca-Cola.
Trademark/Brand
Name License
Bentuk sistem ini pula memberi lesen kepada
francaisi menjual produk atau perkhidmatan francaisor dan akan dibayar komisen
bagi penjualan tersebut. Francaisi bertanggungjawab untuk memastikan
pengauditan dibuat agar penjualan dibuat secara berpatutan. Contoh watak-watak
kartun Walt Disney, Garfield dan Dunhill.
Dealership/Distributor
Franchise
Francaisi dikehendaki untuk memasarkan produk
atau perkhidmatan keluaran francaisor sahaja secara eksklusif mengikut tatacara
dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi juga diberi hak monopoli bagi
memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut dalam satu lokasi geografi
tertentu. Contoh Edaran Otomobil Nasional (EON), Shell dan Petronas.
Promoter
Francaisi akan menjual produk atau perkhidmatan
yang dibeli daripada francaisor. Francaisi akan menggunakan satu nama syarikat
yang sama dengan francaisi-francaisi lain. Francaisor akan menyediakan modal,
bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi. Contoh
PERNAS EDAR (Kedai G-Mart).
Tuesday 15 March 2016
SADE 1013 - Francais Part IV - Kebaikan Sistem Francais
KEBAIKAN SISTEM FRANCAIS
Secara keseluruhannya, sistem francais ini dapat
menjalinkan satu hubungan serta jaringan francaisor-francaisi yang kukuh dan
sukar digugat oleh pesaing lain sekiranya francaisor dan francaisi memahami
peranan masing-masing dalam perniagaan ini.
Risiko perniagaan dapat dikurangkan dan diuruskan
dengan lebih efisien terutama bagi francaisi yang baru menceburi dunia
perniagaan. Pengurusan risiko ini meliputi perkara-perkara yang terdedah kepada
risiko seperti longgokkan produk, bekalan stok lapuk, pusingan pekerja,
kecairan wang tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor,
bekalan stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih berkesan serta
dioptimakan. Francaisor juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk
memperluaskan rangkaian di merata lokasi berbandingkan membuka rangkaian
sendiri.
Sistem francais memberi kelebihan kepada
francaisi yang baru mengenali dunia perniagaan kerana pemilik lot kedai atau
pengurusan bangunan lebih berminat serta yakin untuk menyewa lokasi tempat
perniagaan kepada perniagaan jenis rangkaian (chain business). Sistem francais memberi peluang kepada francaisor
memperluaskan pasaran ke lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat
dimasuki dalam keadaan-keadaan tertentu. Francaisi kebarangkalian mempunyai
hubungan yang lebih baik dengan pemilik atau pengurusan lokasi strategik.
Francaisi akan mendapat panduan dan khidmat
nasihat operasi dari francaisor secara berterusan. Perkara ini tidak mungkin
berlaku sekiranya francaisi menjalankan perniagaan sendiri dan tidak mempunyai
keupayaan untuk mengupah kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan dalam
membantu operasi harian perniagaan. Pada masa yang sama juga, francaisor dapat memberi
sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan kewangan) secara berjadual kepada
francaisi pada kadar yang sangat minima.
Melalui sistem francais, kecekapan perniagaan
dapat dipertingkatkan dan kos operasi perniagaan dapat diurus dan seterusnya
diminimakan. Dengan adanya sistem francais yang aktif, francaisor dapat
merancang pembelian bahan mentah secara pukal, berkongsi kos untuk
aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang sumber manusia mengikut keperluan,
memperluaskan pasaran untuk menarik perhatian lebih pelanggan dan seterusnya
memindahkan semua penjimatan kos ini kepada perniagaan francaisi.
********
Don't ask me where I got all these info.... Here a bit, there a bit.... Mix!
Translate all English news and reports that I can get hold of.... Mix with the local Malay news....
Viola!
Not expecting higher marks or what.... but there is nothing with hoping and wishing, right?
SADE 1013 - Francais Part III - Ciri-Ciri Perniagaan Francais, Francaisor, Francaisi
CIRI-CIRI PERNIAGAAN FRANCAIS
Menurut Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini
dikenali sebagai Akta Fancais 1998), ciri-ciri perniagaan francais adalah
seperti berikut:
a)
Sistem industri francais merupakan satu sistem
pengendalian perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan
b)
Sistem industri francais dikendalikan dalam
sesuatu tempoh masa yang ditetapkan
c)
Francaisi diberi hak untuk menggunakan cap atau
rahsia dagangan oleh francaisor
d)
Francaisor akan mengenakan kawalan secara
berterusan
e)
Francaisor dipertanggungjawabkan untuk memberi
bantuan kepada francaisi
f)
Francaisi akan membuat bayaran atau apa-apa
bentuk balasan kepada francaisor sekiranya perniagaannya berjaya
g)
Sistem industri francais akan dijalankan secara
berasingan dari syarikat induk
CIRI-CIRI FRANCAISOR
a)
Francaisor atau pemberi hak mempunyai produk atau
perkhidmatan yang unik
b)
Beliau mempunyai satu jenama yang bereputasi dan
terkenal yang hak miliknya terpelihara
c) Francaisor atau pemberi hak mempunyai sebuah
perniagaan yang kukuh kewangannya
d)
Beliau berupaya mewujudkan identiti dan arah
tujuan jenama francaisnya agar tidak mengelirukan francaisi dan pelanggan
e)
Francaisor atau pemberi hak mempunyai sistem
latihan dan manual operasi yang lengkap, seragam dan menyeluruh
f) Beliau mempunyai sistem sokongan perniagaan yang komprehensif yang
menyokong setiap langkah perniagaan francaisi
CIRI-CIRI FRANCAISI
a)
Francaisi atau penerima hak boleh mengikuti sistem
industri francais secara menyeluruh dengan tepat sepanjang masa
b)
Beliau mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti
rajin, cekal, berdaya saing, berdaya maju, cekal, berkomited, beryakin diri dan
sebagainya.
c)
Francaisi atau penerima hak mengetahui hak
francaisi seperti termaktub di dalam Akta Francais (Pindaan) 2012
d)
Francaisi diajar selok-belok sistem operasi dan
kawalan perniagaan yang seragam
SADE 1013 - Francais Part II - Sejarah Pembangunan Francais
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
Menurut Investopedia, Amerika Syarikat merupakan
pemimpin dunia dalam industri francais dan mempunyai sejarah tersendiri dengan
model perniagaan francais. Konsep francais telah bermula sejak pertengahan abad
ke-19. Contoh yang paling terkenal adalah di mana seorang penyanyi bernama
Isaac Singer telah mencipta mesin jahit. Beliau telah mewujukan sistem francais
tersendiri dan berjaya mengedarkan tanda niaga mesin jahit beliau ke lokasi
lebih besar. Pada sekitar 1930-an, Restoran Howard Johnson atau lebih dikenali
sebagai A&W mula melopori dalam bidang francais makanan dan ini telah
membuka jalan bagi rangkaian restoran dan seterusnya meningkatkan lagi industri
makanan segera di Amerika.
Sehingga kini, industri francais merupakan
sebahagian besar perniagaan Amerika Syarikat. Antara lima belas (15) perniagaan
francais terbesar di Amerika pada tahun 2015 adalah seperti di bawah :
Antara perniagaan francais yang terkenal dari
rangkaian perhotelan pula adalah seperti berikut :
Sejak abad berikutannya, sistem francais ini
digunakan secara meluas di Amerika Syarikat sebagai satu cara untuk
menyeragamkan produk atau perkhidmatan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Pertama, model jualan kereta diasaskan oleh General Motors pada awal tahun
1900-an yang diberi hak eksklusif dan jajahan wilayah. Tidak lama kemudian
syarikat minyak dan peruncitan turut mengambil kesempatan daripada model
perniagaan yang menawarkan peluang perluasan perniagaan yang paling cepat pada
kadar risiko yang minima.
Di Malaysia pula, industri francais mula
berkembang sejak tahun 1940-an dan jenama produk isi rumah iaitu Singer dan
Bata menjadi perintis industri ini. Kemudian sistem francais ini menjadi
terkenal kepada rangkaian restoran makanan segera pada sekitar tahun 1970-an dan
1980-an seperti KFC, A&W dan McDonald’s. Rangkaian restoran makanan segera
ini berkembang pesat ke seluruh Malaysia melalui sistem francais ini sehingga
masyarakat Malaysia beranggapan sistem francais hanya khusus kepada sektor
berkenaan sahaja. Sehingga April 2014, sejumlah 713 perniagaan francais
daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais Malaysia
(Utusan Online, 2014).
Basic Entrepreneurship (SADE 1013 - Asas Keusahawanan) - Francais
I didn't expect the lecturer wanted to use this blog again. Yeah, I thought I would keep this blog as personal use from now on... Who knows? Anything can happen..
So, out of the 3 topics available, I chose to talk about franchising. Why not, it is an interesting topic. Not that e-commerce or tourism is not interesting at all.. But....... who knew I might venture into one as a part time business. No one should stay with a company for too long anyhow.
So, out of the 3 topics available, I chose to talk about franchising. Why not, it is an interesting topic. Not that e-commerce or tourism is not interesting at all.. But....... who knew I might venture into one as a part time business. No one should stay with a company for too long anyhow.
*******
PENGENALAN
Industri francais di Malaysia dikawal di bawah
Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Francais 1998).
Bagi apa-apa penjualan perniagaan francais di seluruh Malaysia, akta ini adalah
digunapakai.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepengunaan Malaysia, penjualan sesuatu perniagaan francais adalah disifatkan sebagai perniagaan
dalam Malaysia jika tawaran untuk menjual atau membeli francais tersebut :
a)
Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam
atau luar Malaysia;
b)
Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam
Malaysia; dan/atau
c)
Perniagaan francais dikendalikan atau akan
dikendalikan di dalam Malaysia
APA ITU FRANCAIS?
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepengunaan Malaysia, sistem francais merupakan satu kaedah
pemasaran dan pengedaran produk atau perkhidmatan di mana sesebuah syarikat
pemberi hak (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan perniagaan
kepada seseorang individu atau syarikat penerima hak (francaisi) untuk
menjalankan perniagaan tersebut mengikut peraturan yang ditentukan dalam tempoh
masa yang ditetapkan dan di lokasi yang dikenalpasti.
Dalam maksud lain, perniagaan francais adalah perkongsian di antara
pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan
menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan
modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan
kesinambungan perniagaan tersebut.
*******
Yeah, the topic is Bahasa Malaysia... to help some other part time UUM students understand... :)
Thursday 25 February 2016
Current Assignments
What is the first word that came through your mind when you thought of assignments?
For me, it is 'Damn'!
This semester is like ..... whoa! Didn't expect this much.... Yeah, no more honeymoon he said.
Matters at the office too needed my attention. Now with the HR Manager no longer available. Although there is a replacement, it would still not be the same anymore.
Pending assignments:
1. Politik dan Pentadbiran (GMGA 1024)
Individual - summary on 2 English journals on the subject matter
Group - an interview with an ex-politician
Submission date : 8/4/2016
2. Asas Keusahawanan (SADE 1013)
Individual - e-commerce/franchise/tourisms industry
Paste the assignment on your blog
Submission date : 18/3/2016 (OMG!)
3. English for Communication I (SBLE 1033)
Individual - 8-10min short speech (hardcopy for the lecturer) *currently no voice, how to talk?
Submission date : 27/2/2016
Individual - writing portfolio (a topic but from 2 different sources)
Group - role play on 19/3/2016
4. Organisasi dan Masyarakat (GMGM 2013)
Quiz - 27/3/2016
Group - organization analysis
Submission date : 9/4/2016
Can I cry now??
For me, it is 'Damn'!
This semester is like ..... whoa! Didn't expect this much.... Yeah, no more honeymoon he said.
Matters at the office too needed my attention. Now with the HR Manager no longer available. Although there is a replacement, it would still not be the same anymore.
Pending assignments:
1. Politik dan Pentadbiran (GMGA 1024)
Individual - summary on 2 English journals on the subject matter
Group - an interview with an ex-politician
Submission date : 8/4/2016
2. Asas Keusahawanan (SADE 1013)
Individual - e-commerce/franchise/tourisms industry
Paste the assignment on your blog
Submission date : 18/3/2016 (OMG!)
3. English for Communication I (SBLE 1033)
Individual - 8-10min short speech (hardcopy for the lecturer) *currently no voice, how to talk?
Submission date : 27/2/2016
Individual - writing portfolio (a topic but from 2 different sources)
Group - role play on 19/3/2016
4. Organisasi dan Masyarakat (GMGM 2013)
Quiz - 27/3/2016
Group - organization analysis
Submission date : 9/4/2016
Can I cry now??
Thursday 11 February 2016
Tired, Blurred, Stressed
It is the 4th day of the Chinese Lunar New Year...
And I have tons of assignments that needed to be completed by end of February, March and April 2016... Phew!
No more honeymoon, as the lecturer said the other day.
1st year is ok, he said. But come 2nd year onward, lots of reading and presentations...
Hmmm...
Luckily one of the assignments, is the blog.
One of my assignment has to be posted online. But since I have not started one bit, let this be the start of a new beginning...
Year 2, Semester 3!
Ganbatte!
Monday 8 February 2016
Gong Hei Fatt Choy!!
May the year of the Fire Monkey brings
you and your family all the joy, happiness and prosperity
all year round..
Time to rekindle all those long, lost relationship between loved ones,
far or near.
Have a blessed celebration!
Wednesday 27 January 2016
Hairstyles
Oh you know, hairstyles... long hair, short hair... whatever.
Why? Because my hairline is receding.
Besides that, the occasional dandruff and pimples on the head.
Then it will itch and be painful..
Only sold in Watson's and some other beauty "jamu" shops.
I was a happy girl.. At least for a moment...
Well, actually I am into my second bottle. So far, so good.
Less itch, less hair falls after shower and comb..
I am so maintaining this brand..
Now... when a person's hairline receding, what kind of haircuts do you recommend?
I thought of keeping the hair short, but the hubby has sort of warned me.
Friday 1 January 2016
It is a brand New Year ~ 2016
Sorry, I was caught up in watching reruns of the English drama, "Once Upon a Time" that I have forgotten about saying goodbye to 2015 and saying hello to 2016...
2015 has been a good and bad year to me..
* registered in pursuing higher education
* someone came home and left again, all in 2 months or less
* managed to achieve good results
* caught a cold / fever twice
* lots of tears and laughter too
* didn't manage to arrange a holiday for my own self =(
And many more..
And many more..
2016.... you are finally here..
Be good to me ok.. I just want to leave my past behind, taking only the good memories and leaving behind the bad ones.. No point of crying over split milk..
I want to have babies, I want to be healthier, reduce some weight, eat healthily (can be a little tough, he..he..he..)..
Most of all, I want to be able to do stuff that I wasn't able to in 2015..
Are these my resolutions for 2016?
Nah... I don't want to make it that way, in case I can't keep them...
Make them my wishes and hopes in future to come..
Lastly, may Allah grant me some wishes and hopes in 2016... not only mine, but yours as well.
Happy New Year 2016, people! |
Subscribe to:
Posts (Atom)