Wednesday, 16 March 2016

SADE 1013 - Francais Part VII - Tahap Pembangunan Industri Francais & Sistem Sokongan


TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Industri francais di Malaysia telah berkembang sejak awal tahun 1990-an dan sejajar dengan perkembangan, satu unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu diterajui oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah diwujudkan pada tahun 1992 untuk mengawal selia industri francais. Unit ini telah dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan diperbesarkan menjadia sebuah bahagian iaitu Bahagian Francais dan Vendor untuk mempercepatkan pertumbuhan Masyarakat Perniagaan dan Perdagangan Bumiputera (MPPB).

Susulan kepada pembubaran MECD pada April 2009, fungsi pembangunan industri francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) (Laporan Tahunan KPDNKK, 2014).

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh, sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan telah menembusi pasaran antarabangsar termasuk Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe (Noorashikin Roslan, 2014). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkembangan yang amat positif apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara seluruh dunia (Franchise News, 2014).
 
Industri francais ini mempunyai potensi yang besar untuk lebih maju ke hadapan, cuma kurang pendedahan dan pemahaman terhadap konsep perniagaan francais ketika itu. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menubuhkan infra sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Secara tidak langsung, industri francais telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 billion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada KPDNKK, PNS dan MFA (Kosmo, 2015).
 
 
SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Bahagian Pembangunan Francais (BPF) memainkan peranan utama dalam menyokong dalam pembangunan industri francais di Malaysia.



 
Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dalam industri francais adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNS). PNS dipertanggungjawabkan untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. PNS juga berperanan di dalam merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri francais. Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara. PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas seperti Skim Pembiayaan Francaisor dan Skim Pra-Francais kepada francaisor; Skim Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) - sebagai agen pelaksana kepada francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.
Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)
Program ini membantu usahawan menukar perniagaan komersil kepada sistem francais. Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM 120,000 per syarikat. Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) atau terus kepada KPDNKK atau PNS. Kelayakan untuk menyertai program ini terbuka kepada syarikat Bumiputera dengan produk berpotensi dan mempunyai unique selling proposition atau business model.
Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)
Tujuan dana ini adalah untuk membiayai pembangunan sistem francais secara matching grant. Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi syarikat milik penuh Bumiputera, sehingga RM65,000 bagi syarikat majoriti Bumiputera dan sehingga RM50,000 untuk syarikat bukan Bumiputera dan majoriti bukan Bumiputera. Hanya syarikat yang telah berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998 dan berdaftar di bawah Program Pembangunan Francais di bawah KPDNKK yang layak mendapatkan dana ini.
 
Program Promosi Tempatan
Misi Luar Negara
 
Persatuan Francais Malaysia (MFA) pula merupakan satu badan bukan kerajaan yang sering bekerjasama dengan kerajaan Malaysia di dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan. MFA juga membantu dalam perlaksanaan program-program pembangunan francais termasuk Jaringan Antarabangsa, Franchise International Malaysia (FIM), Kursus Kesedaran dan  Latihan Francais. MFA merupakan persatuan dan pusat rujukan kepada francaisor dan francaisi, institusi sokongan, media massa serta masyarakat umum.

SADE 1013 - Francais Part VI - Kepentingan Industri Francais Terhadap Pembangunan Ekonomi & Sosial


KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL

Industri francais kini dilihat semakin berkembang baik dengan peningkatan jumlah usahawan yang menyertai industri ini, bahkan ia memberi sumbangan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Ini adalah kerana produk atau perkhidmatan yang ada dalam industri ini telah lama di pasaran dan dikenali oleh ramai pelanggan serata dunia. Dengan itu akan muncullah lebih ramai usahawan baru memasuki industri francais dan akan menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Secara tidak langsung ini akan mengurangkan masalah pengangguran dalam negara (Aziela Hanafee, 2013).

 
Menurut Troy Franklin, Ketua Pegawai Operasi, World Franchise Associates untuk Asia Tenggara dalam Franchise Times (2014), kemunculan berterusan kelas pertengahan yang mewah di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN, dan ditambah pula dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan negara-negara berdekatan ke arah integrasi ekonomi serantau melalui ASEAN Economic Community (AEC) pada 2015, telah mewujukan peluang yang lebih besar ke arah pembangunan dan pertumbuhan industri francais. Bagi sektor pemakanan, salah satu kekuatan industri francais adalah Malaysia mempunyai asas pengguna yang besar dan muda belia. Pelarasan rangkaian restoran untuk berkembang pesat agar mereka mematuhi persijilan halal dan budaya tempatan.
 
 
*********
 
I don't know why.... But I really got stucked at this level..... Seriously blur......


SADE 1013 - Francais Part V - Bentuk-Bentuk Sistem Francais


BENTUK-BENTUK SISTEM FRANCAIS

Local Authorised Franchise Holder

Bentuk sistem francais ini memberi lesen kepada francaisi untuk membuat dan memasarkan produk atau perkhidmatan oleh francaisor termasuk penggunaan format lengkap francaisor yang merangkumi hak penggunaan intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, kewangan dan latihan. Francaisor juga boleh melantik ‘Francaisor Induk’ sebagai agen/wakil yang diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Contoh francais: KFC dan McDonald’s.
 

Product Manufacturing Licensing

Francaisor akan memberi lesen kepada francaisi untuk menjual produk atau perkhidmatan mengikut formula, resipi atau ciptaan rekabentuk yang telah ditetapkan. Francaisi kemudiannya boleh memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran francaisor. Contoh pembotolan air Pepsi dan Coca-Cola.


Trademark/Brand Name License

Bentuk sistem ini pula memberi lesen kepada francaisi menjual produk atau perkhidmatan francaisor dan akan dibayar komisen bagi penjualan tersebut. Francaisi bertanggungjawab untuk memastikan pengauditan dibuat agar penjualan dibuat secara berpatutan. Contoh watak-watak kartun Walt Disney, Garfield dan Dunhill.
 

Dealership/Distributor Franchise

Francaisi dikehendaki untuk memasarkan produk atau perkhidmatan keluaran francaisor sahaja secara eksklusif mengikut tatacara dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi juga diberi hak monopoli bagi memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut dalam satu lokasi geografi tertentu. Contoh Edaran Otomobil Nasional (EON), Shell dan Petronas.
 

Promoter

Francaisi akan menjual produk atau perkhidmatan yang dibeli daripada francaisor. Francaisi akan menggunakan satu nama syarikat yang sama dengan francaisi-francaisi lain. Francaisor akan menyediakan modal, bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi. Contoh PERNAS EDAR (Kedai G-Mart).

Tuesday, 15 March 2016

SADE 1013 - Francais Part IV - Kebaikan Sistem Francais


KEBAIKAN SISTEM FRANCAIS

Secara keseluruhannya, sistem francais ini dapat menjalinkan satu hubungan serta jaringan francaisor-francaisi yang kukuh dan sukar digugat oleh pesaing lain sekiranya francaisor dan francaisi memahami peranan masing-masing dalam perniagaan ini.

Risiko perniagaan dapat dikurangkan dan diuruskan dengan lebih efisien terutama bagi francaisi yang baru menceburi dunia perniagaan. Pengurusan risiko ini meliputi perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti longgokkan produk, bekalan stok lapuk, pusingan pekerja, kecairan wang tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor, bekalan stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih berkesan serta dioptimakan. Francaisor juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk memperluaskan rangkaian di merata lokasi berbandingkan membuka rangkaian sendiri.

Sistem francais memberi kelebihan kepada francaisi yang baru mengenali dunia perniagaan kerana pemilik lot kedai atau pengurusan bangunan lebih berminat serta yakin untuk menyewa lokasi tempat perniagaan kepada perniagaan jenis rangkaian (chain business). Sistem francais memberi peluang kepada francaisor memperluaskan pasaran ke lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki dalam keadaan-keadaan tertentu. Francaisi kebarangkalian mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik atau pengurusan lokasi strategik.

Francaisi akan mendapat panduan dan khidmat nasihat operasi dari francaisor secara berterusan. Perkara ini tidak mungkin berlaku sekiranya francaisi menjalankan perniagaan sendiri dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengupah kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan dalam membantu operasi harian perniagaan. Pada masa yang sama juga, francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan kewangan) secara berjadual kepada francaisi pada kadar yang sangat minima.

Melalui sistem francais, kecekapan perniagaan dapat dipertingkatkan dan kos operasi perniagaan dapat diurus dan seterusnya diminimakan. Dengan adanya sistem francais yang aktif, francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah secara pukal, berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang sumber manusia mengikut keperluan, memperluaskan pasaran untuk menarik perhatian lebih pelanggan dan seterusnya memindahkan semua penjimatan kos ini kepada perniagaan francaisi.

********
 
Don't ask me where I got all these info.... Here a bit, there a bit.... Mix!
Translate all English news and reports that I can get hold of.... Mix with the local Malay news....
Viola!
 
 
Not expecting higher marks or what.... but there is nothing with hoping and wishing, right?


SADE 1013 - Francais Part III - Ciri-Ciri Perniagaan Francais, Francaisor, Francaisi


CIRI-CIRI PERNIAGAAN FRANCAIS

Menurut Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Fancais 1998), ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut:
a)    Sistem industri francais merupakan satu sistem pengendalian perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan
b)    Sistem industri francais dikendalikan dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan
c)    Francaisi diberi hak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan oleh francaisor
d)    Francaisor akan mengenakan kawalan secara berterusan
e)    Francaisor dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan kepada francaisi
f)     Francaisi akan membuat bayaran atau apa-apa bentuk balasan kepada francaisor sekiranya perniagaannya berjaya
g)    Sistem industri francais akan dijalankan secara berasingan dari syarikat induk



CIRI-CIRI FRANCAISOR

a)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai produk atau perkhidmatan yang unik
b)    Beliau mempunyai satu jenama yang bereputasi dan terkenal yang hak miliknya terpelihara
c)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai sebuah perniagaan yang kukuh kewangannya
d)    Beliau berupaya mewujudkan identiti dan arah tujuan jenama francaisnya agar tidak mengelirukan francaisi dan pelanggan
e)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai sistem latihan dan manual operasi yang lengkap, seragam dan menyeluruh
 
f)  Beliau mempunyai sistem sokongan perniagaan yang komprehensif yang menyokong setiap langkah perniagaan francaisi
 
 
CIRI-CIRI FRANCAISI
a)    Francaisi atau penerima hak boleh mengikuti sistem industri francais secara menyeluruh dengan tepat sepanjang masa
b)    Beliau mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti rajin, cekal, berdaya saing, berdaya maju, cekal, berkomited, beryakin diri dan sebagainya.
c)    Francaisi atau penerima hak mengetahui hak francaisi seperti termaktub di dalam Akta Francais (Pindaan) 2012
d)    Francaisi diajar selok-belok sistem operasi dan kawalan perniagaan yang seragam