Wednesday, 16 March 2016

SADE 1013 - Francais Part V - Bentuk-Bentuk Sistem Francais


BENTUK-BENTUK SISTEM FRANCAIS

Local Authorised Franchise Holder

Bentuk sistem francais ini memberi lesen kepada francaisi untuk membuat dan memasarkan produk atau perkhidmatan oleh francaisor termasuk penggunaan format lengkap francaisor yang merangkumi hak penggunaan intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, kewangan dan latihan. Francaisor juga boleh melantik ‘Francaisor Induk’ sebagai agen/wakil yang diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Contoh francais: KFC dan McDonald’s.
 

Product Manufacturing Licensing

Francaisor akan memberi lesen kepada francaisi untuk menjual produk atau perkhidmatan mengikut formula, resipi atau ciptaan rekabentuk yang telah ditetapkan. Francaisi kemudiannya boleh memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran francaisor. Contoh pembotolan air Pepsi dan Coca-Cola.


Trademark/Brand Name License

Bentuk sistem ini pula memberi lesen kepada francaisi menjual produk atau perkhidmatan francaisor dan akan dibayar komisen bagi penjualan tersebut. Francaisi bertanggungjawab untuk memastikan pengauditan dibuat agar penjualan dibuat secara berpatutan. Contoh watak-watak kartun Walt Disney, Garfield dan Dunhill.
 

Dealership/Distributor Franchise

Francaisi dikehendaki untuk memasarkan produk atau perkhidmatan keluaran francaisor sahaja secara eksklusif mengikut tatacara dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi juga diberi hak monopoli bagi memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut dalam satu lokasi geografi tertentu. Contoh Edaran Otomobil Nasional (EON), Shell dan Petronas.
 

Promoter

Francaisi akan menjual produk atau perkhidmatan yang dibeli daripada francaisor. Francaisi akan menggunakan satu nama syarikat yang sama dengan francaisi-francaisi lain. Francaisor akan menyediakan modal, bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi. Contoh PERNAS EDAR (Kedai G-Mart).

Tuesday, 15 March 2016

SADE 1013 - Francais Part IV - Kebaikan Sistem Francais


KEBAIKAN SISTEM FRANCAIS

Secara keseluruhannya, sistem francais ini dapat menjalinkan satu hubungan serta jaringan francaisor-francaisi yang kukuh dan sukar digugat oleh pesaing lain sekiranya francaisor dan francaisi memahami peranan masing-masing dalam perniagaan ini.

Risiko perniagaan dapat dikurangkan dan diuruskan dengan lebih efisien terutama bagi francaisi yang baru menceburi dunia perniagaan. Pengurusan risiko ini meliputi perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti longgokkan produk, bekalan stok lapuk, pusingan pekerja, kecairan wang tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor, bekalan stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih berkesan serta dioptimakan. Francaisor juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk memperluaskan rangkaian di merata lokasi berbandingkan membuka rangkaian sendiri.

Sistem francais memberi kelebihan kepada francaisi yang baru mengenali dunia perniagaan kerana pemilik lot kedai atau pengurusan bangunan lebih berminat serta yakin untuk menyewa lokasi tempat perniagaan kepada perniagaan jenis rangkaian (chain business). Sistem francais memberi peluang kepada francaisor memperluaskan pasaran ke lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki dalam keadaan-keadaan tertentu. Francaisi kebarangkalian mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik atau pengurusan lokasi strategik.

Francaisi akan mendapat panduan dan khidmat nasihat operasi dari francaisor secara berterusan. Perkara ini tidak mungkin berlaku sekiranya francaisi menjalankan perniagaan sendiri dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengupah kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan dalam membantu operasi harian perniagaan. Pada masa yang sama juga, francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan kewangan) secara berjadual kepada francaisi pada kadar yang sangat minima.

Melalui sistem francais, kecekapan perniagaan dapat dipertingkatkan dan kos operasi perniagaan dapat diurus dan seterusnya diminimakan. Dengan adanya sistem francais yang aktif, francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah secara pukal, berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang sumber manusia mengikut keperluan, memperluaskan pasaran untuk menarik perhatian lebih pelanggan dan seterusnya memindahkan semua penjimatan kos ini kepada perniagaan francaisi.

********
 
Don't ask me where I got all these info.... Here a bit, there a bit.... Mix!
Translate all English news and reports that I can get hold of.... Mix with the local Malay news....
Viola!
 
 
Not expecting higher marks or what.... but there is nothing with hoping and wishing, right?


SADE 1013 - Francais Part III - Ciri-Ciri Perniagaan Francais, Francaisor, Francaisi


CIRI-CIRI PERNIAGAAN FRANCAIS

Menurut Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Fancais 1998), ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut:
a)    Sistem industri francais merupakan satu sistem pengendalian perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan
b)    Sistem industri francais dikendalikan dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan
c)    Francaisi diberi hak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan oleh francaisor
d)    Francaisor akan mengenakan kawalan secara berterusan
e)    Francaisor dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan kepada francaisi
f)     Francaisi akan membuat bayaran atau apa-apa bentuk balasan kepada francaisor sekiranya perniagaannya berjaya
g)    Sistem industri francais akan dijalankan secara berasingan dari syarikat induk



CIRI-CIRI FRANCAISOR

a)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai produk atau perkhidmatan yang unik
b)    Beliau mempunyai satu jenama yang bereputasi dan terkenal yang hak miliknya terpelihara
c)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai sebuah perniagaan yang kukuh kewangannya
d)    Beliau berupaya mewujudkan identiti dan arah tujuan jenama francaisnya agar tidak mengelirukan francaisi dan pelanggan
e)    Francaisor atau pemberi hak mempunyai sistem latihan dan manual operasi yang lengkap, seragam dan menyeluruh
 
f)  Beliau mempunyai sistem sokongan perniagaan yang komprehensif yang menyokong setiap langkah perniagaan francaisi
 
 
CIRI-CIRI FRANCAISI
a)    Francaisi atau penerima hak boleh mengikuti sistem industri francais secara menyeluruh dengan tepat sepanjang masa
b)    Beliau mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti rajin, cekal, berdaya saing, berdaya maju, cekal, berkomited, beryakin diri dan sebagainya.
c)    Francaisi atau penerima hak mengetahui hak francaisi seperti termaktub di dalam Akta Francais (Pindaan) 2012
d)    Francaisi diajar selok-belok sistem operasi dan kawalan perniagaan yang seragam
 
 

SADE 1013 - Francais Part II - Sejarah Pembangunan Francais


SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA

Menurut Investopedia, Amerika Syarikat merupakan pemimpin dunia dalam industri francais dan mempunyai sejarah tersendiri dengan model perniagaan francais. Konsep francais telah bermula sejak pertengahan abad ke-19. Contoh yang paling terkenal adalah di mana seorang penyanyi bernama Isaac Singer telah mencipta mesin jahit. Beliau telah mewujukan sistem francais tersendiri dan berjaya mengedarkan tanda niaga mesin jahit beliau ke lokasi lebih besar. Pada sekitar 1930-an, Restoran Howard Johnson atau lebih dikenali sebagai A&W mula melopori dalam bidang francais makanan dan ini telah membuka jalan bagi rangkaian restoran dan seterusnya meningkatkan lagi industri makanan segera di Amerika.

Sehingga kini, industri francais merupakan sebahagian besar perniagaan Amerika Syarikat. Antara lima belas (15) perniagaan francais terbesar di Amerika pada tahun 2015 adalah seperti di bawah :
 
 
Antara perniagaan francais yang terkenal dari rangkaian perhotelan pula adalah seperti berikut :


Sejak abad berikutannya, sistem francais ini digunakan secara meluas di Amerika Syarikat sebagai satu cara untuk menyeragamkan produk atau perkhidmatan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pertama, model jualan kereta diasaskan oleh General Motors pada awal tahun 1900-an yang diberi hak eksklusif dan jajahan wilayah. Tidak lama kemudian syarikat minyak dan peruncitan turut mengambil kesempatan daripada model perniagaan yang menawarkan peluang perluasan perniagaan yang paling cepat pada kadar risiko yang minima.

Di Malaysia pula, industri francais mula berkembang sejak tahun 1940-an dan jenama produk isi rumah iaitu Singer dan Bata menjadi perintis industri ini. Kemudian sistem francais ini menjadi terkenal kepada rangkaian restoran makanan segera pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an seperti KFC, A&W dan McDonald’s. Rangkaian restoran makanan segera ini berkembang pesat ke seluruh Malaysia melalui sistem francais ini sehingga masyarakat Malaysia beranggapan sistem francais hanya khusus kepada sektor berkenaan sahaja. Sehingga April 2014, sejumlah 713 perniagaan francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais Malaysia (Utusan Online, 2014).
 
 

Basic Entrepreneurship (SADE 1013 - Asas Keusahawanan) - Francais

I didn't expect the lecturer wanted to use this blog again. Yeah, I thought I would keep this blog as personal use from now on... Who knows? Anything can happen..

So, out of the 3 topics available, I chose to talk about franchising. Why not, it is an interesting topic. Not that e-commerce or tourism is not interesting at all.. But....... who knew I might venture into one as a part time business. No one should stay with a company for too long anyhow.

*******


PENGENALAN
 
Industri francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais (Pindaan) 2012 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Francais 1998). Bagi apa-apa penjualan perniagaan francais di seluruh Malaysia, akta ini adalah digunapakai.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan Malaysia, penjualan sesuatu perniagaan  francais adalah disifatkan sebagai perniagaan dalam Malaysia jika tawaran untuk menjual atau membeli francais tersebut :


a)    Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau luar Malaysia;

b)    Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; dan/atau

c)    Perniagaan francais dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia
 


APA ITU FRANCAIS?

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan Malaysia, sistem francais merupakan satu kaedah pemasaran dan pengedaran produk atau perkhidmatan di mana sesebuah syarikat pemberi hak (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan perniagaan kepada seseorang individu atau syarikat penerima hak (francaisi) untuk menjalankan perniagaan tersebut mengikut peraturan yang ditentukan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan di lokasi yang dikenalpasti.
 
Dalam maksud lain, perniagaan francais adalah perkongsian di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kesinambungan perniagaan tersebut.
 
 
 
 
 *******

Yeah, the topic is Bahasa Malaysia... to help some other part time UUM students understand... :)